Traveling to Bangkok, (Bahasa Thai: Krung Thep, Krung Thep Mahanakhon) adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia.
Sejarah Bangkok bermula sebagai sebuah pusat perdagangan yang kecil yang berada di bawah pengaruh Ayutthaya, ibu kota Siam yang lama. Pada 1567, Ayutthaya jatuh di tangan Burma sebuah ibu kota sementara ditubuhkan di seberang sungai dari Bangkok. Pada tahun 1782, Raja Rama I membina istananya di sungai tersebut dan menjadikan Bangkok ibu kotanya, menamakannya “Krung Thep”.
Nama istiadat Bangkok adalah:
กรุงเทพมหานคร อมรรัตนโกสินทร์ มหินทรายุธยามหาดิลก ภพนพรัตน์ ราชธานีบุรีรมย์ อุดมราชนิเวศน์ มหาสถาน อมรพิมาน อวตารสถิต สักกะทัตติยะ วิษณุกรรมประสิทธิ์
Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit, yang bermakna
“Bandar para bidadari, bandar agung, tempat kediaman Buddha Zamrud, bandar yang tidak boleh dikalahkan (tidak seperti Ayutthaya) milik dewa Indra, bandar yang dikurniakan dengan sembilan permata berharga, bandar yang bahagia, yang dimuliakan dengan kehadiran Istana Agung yang mirip kediaman dewa di syurga, bandar yang dikurniakan oleh Indra dan dibina oleh Vishnukarn.”
Pelajar-pelajar tempatan diajar nama penuh Bangkok walaupun tidak ramai yang dapat memberi penjelasan mengenai maknanya kerana banyak perkataan yang digunakan adalah agak kuno. Namun kebanyakkan warga Thai ingat dengan sepenuhnya nama tersebut kerana ia pernah dijadikan sebuah lagu pop oleh Asanee-Wasan Chotikul.
No comments:
Post a Comment